Saturday, February 9, 2013

PLKN : Aktivitinya




percaya atau tidak
aktiviti kat plkn terlalu padat
sampai aku nak landing ataih katil pon tak sempat


  
 (satgi la kemas, satgi la kemas, satgi la kemas) 


hari bekerja atau hari "tiada katil seharian"
bermula hari ahad hingga khamis (ikut Kedah)
memang tadak dah masa nak santai2
hari hari tu dari awal hingga malam memang macam robot
aktif seharian



 


tapi takpa hari cuti jumaat dan sabtu
pulak rehat seharian
tiduq,makan,basuh baju
yang lagi best : DILARANG MELAKUKAN RIADAH
memang hari cuti depa nak pelatih rehat secukupnya
sampai pelatih bosan sepanjang dua hari tuh. 
SUNGGUH
sabtu pulak ada lawatan keluarga





tak lupa hari Phone Sedunia
yg best pulak kami dpt Phone hari khamis petang
*sebenarnya Phone pelatih dikutip dan disimpan oleh cikgu2
buleh la guling2 ataih katil dgn Phone
ada satu masa kawan aku ni tudien 
kepala tenggelam bawah bantal
punya sembang guna Phone smpai tak ingat dunia
malam tu lagi laaaa duk bermesra dgn Phone
ehem
dan perlu pulang kan Phone pada sabtu petang
memang sayu petang tu
hahaha



(tengok betapa bahagia mereka bila dapat Phone)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



waktu pagi buta

setiap pagi kami dibangunkan oleh cikgu2
*tudien macam budak kecik
mana taknya 
kalau nak harapkan diri sendiri jgn harap la nak bangun awal
ya bangun seawal 5.30 pagi
memang taklaaa
tapi kebelakangan kami dah buleh bangun sendiri tanpa bantuan cikgu, ceyyy
ni antara "panggilan" dari cikgu2



*Bangun Bangun Bangun. Sembahyang adalah lebeh baik dari tidur. 
*Perhatian wira. anda dikehendaki bangun dan berbaris di dewan makan pada pukul 6.00 pagi. Jika anda gagal. Naseb anda kurang baik. 
*Kau tidur la puas puas wira. Kau ingat kem ni bapak kau punya.

 (surau bahagian wirawati, pagaran)

okey lepaih sembahyang subuh. kami ada PT pagi
Physical Training pagi ni ikut hari la
hari ahad/rabu : senaman biasa
hari isnin : jogging 2.4 km
hari selasa/khamis : senamrobik *feveret



 waktu pagi

lepaih breakfast, ada kelas pukul 9.00
kami kena beratur kat padang kawad untuk spotcheck sebelum masuk kelas
okey kelas bagi aku kira seronok jugakla
pelajaran memang agak kebudakan tapi pada masa yg sama bagus untuk masa depan
dalam kelas tadak kerusi meja. jadi kami cuma bersila
kami dibahagikan kepada kumpulan kecik (campur wira wirawati)
kumpulan ni penting untuk kami berinteraksi dan bekerjasama dlm aktiviti
yg best nya pulak game atau aktiviti dia best best
kalau anda menerima pembelajaran kat dalam kelas dgn hati terbukak
memang kelas tu menyeronokkan
tapi kalau sebaliknya, memang konfem tidur punya




waktu tengah hari

kelas bermula pukui 9 smpai 12.30 (ada rehat 30 minit)
lepas makan tengah hari. balek dorm untuk mandi pa suma
beratur kat dewan makan sebelum ke surau untuk solat zohor
*waktu tengah hari memang sama setiap hari








waktu petang


berkumpul semula pada 2.20 petang
aktiviti selalunya berlainan setiap hari
kadang2 ceramah, aktiviti luar, aktiviti lasak, dan kelas tambahan     
selalunya prektis kawad kaki setiap hari selasa dan khamis 
fakta: kawad kaki hanya 9 jam sepanjang kem
petang lagi ada riadah
riadah macam : futsal, bola tampar, sepak takraw, bola jaring
dan ada jugak mentor mantee setiap hari rabu


 (kadang2 ada ceramah kat sini jugak)


waktu malam

malam memang free la.rilek sikit
ok selepas sembahyang maghrib 
mungkin ada tazkirah oleh ustaz dan pelatih sendiri
malam jumaat ada bacaan yassin dan tahlil
lepas isyak ada makan malam
dan kadang2 ada tayangan gambar kat dewan makan
dan lepaih tu ada ROLL CALL sebelum balik ke dorm untuk tidur    
ROLL CALL ni penting untuk kira bilangan jumlah pelatih pada pnghujung hari
mana tau adaaa pelatih larikan diri. memang pnah tjadi 
dan cikgu akan bagi taklimat untuk aktiviti keesokan harinya 
tutup lampu dorm pukul 11 mlm atau 11.30 mlm 
tp ikut suka hati hampala nk tiduq pukui bopa. janji lampu katup


 (dorm aku sebelah kiri: kami memang katup lampu awai. tapi memang jarangla orang tidur teruss. Gosip dulu. haha)

  

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

apa aktiviti best kat PLKN?



1.  senamrobik

best bukan apa cuma buleh release tensyen dengan golek2 ataih padang kawad
lagipon sambil sambil buleh layan laguu

2. kelas

taktiao pasaipa orang tak sukaa masuk kelas
bagi aku kira okey la kita lepak2 dlm kelas dari kawad kaki tengah panas
dan buleh tambah kenalan. ehem

3. Kontrak Kita Janji

aktiviti paling penting
di mana kita perlu cipta slogan, bendera, matlamat, lagu, sorakan 
dan membuat perjanjian untuk berjuang atas nama kompeni masing2

4. Duit merit/Ranggo

aku rasa kem aku ja ada benda ni
bagi aku baguih jgak ada sistem ni
duit merit ni macam mata untuk kompeni berada di kedudukan keseluruhan
duit merit ni buleh dapat
 dgn menang pertandingan,buat kerja amal, buat layout katil tercantik, hadiah hari jadi, 
dan gaji bagi jawatan2 yg ada kat kem kami
setiap kompeni berusaha nak kutip duit sebanyak mungkin bagi berada di takhta pertama

5. Pertandingan Penghayatan  Budaya

ada sajak, sketsa mengikut syair
kompeni bravo dapat nombo 4 dlm bkumpulan
tapi tmpat pertama dlm individu

6. water confident

berenang tak sampai 20 minit
tapi dah cukup puaih dapat berenag dalam kolam "besaq"

7. hari sukarelawan kat pandai merdeka

kalau hampa pi pantai merdeka
nampak mcm cantik semacam ja kan
haa tu semua jasa kami la tu
kami cat kawasan tembok tepi pantai, kutip sampah pa suma
 best jugakla

8. Wirajaya

masuk hutan dan survive
ikut kompeni masing2 dan buat perkhemahan sendiri
 pakai kompas dan peta untuk sampai ke checkpoint yg ditetapkan
aku pon tak pasti sbb kami tak buat lagi

9.kembara berhalangan

flying fox pa suma tulaaaa
err aku taktau nak terang sgt aktiviti ni
tapi aku tau mesti best pnyaa

 10. pertandingan 

nanti ada pertandingan kawad formasi, nasyid, tilawah al-quran, perbahasan
dan sukan2 yg lain
aku pon tak pasti pertandingan yg ada nanti


11. majlis penutup

sebelum kami balik cuti ni
cikgu pesan suruh bawak baju sekolah
sbb nanti ada malam kebudayaan
guna tema Back To School
macam best ja hahaha.




(lepaih ni kami kena pakai baju sekolah pulak)




aku rasa ada banyak aktiviti lagi selepas raya cina nti
dan aktivitinya baru betoi2 challenging
bahang semakin terasa
hahahaha


(lepak puaih2 dgn geng cuti nih :D)


-PLKN part 2 end-


No comments:

Post a Comment