Thursday, September 15, 2011

Bukan cerita jiwang.


kat sekolah

situasi 1
aku : weh cerita korea bes woo

orang 1 : tak bes tak bes, aku tak minat cerita jiwang

situasi 2
aku : hadoih, aku tak mai sekolah takpa, lepak ngan kak aku. dahla kak aku baqu balek.

orang yg sama : cehh, korea pnya hal la tuh. jiwang tak bes 

situasi 3
aku : weh weh ada cerita baru, pelakon2 he's beautifull belakon. kali ni depa sekali haha. tajuk dia heartstrings. bes jugak

orang leng : pergh macam bes. cerita sikit sinopsis

si 'jiwang' : ish derek sembang korea, jiwangan



Mungkin persepsi orang ramai mengatakan drama korea adalah cerita jiwang semata-mata .Sebut sahaja cerita korea, terlintas perkataan 'jiwang' dalam minda diorang. Ya ya ya, aku pon macam tu dulu, tp itu dulu sebelum aku menonton sendiri drama korea tu yg menjadi 'addiction' bagi sesetengah kaum perempuan khususnya.

Mai aku 'listkan' drama korea feveret aku yg telah telah mengubah persepsi aku sndiri. Sinopsis juga aku  kasi bagi menunjukkan drama tersebut bukan sekadar jiwang malahan terdapat unsur komedinya, aksi dan nilai nilai moral yg tersendiri serta mempunyai plot2 cerita yg menarik


city hunter

Genre : Aksi, romantik
Episod : 20
Sinopsis :
Lee Yong Sung diculik sejak bayi oleh rakan baik ayahnya bagi melatihnya menjadi kuat di Thailand bagi melunaskan dendam ke atas kematian ayah Lee Yong Sung ketika berkhidmat di Korea Utara. Lee Yong Sung menjadi terkenal ketika dewasa sebagai City Hunter yg menangkap ahli2 politik yg khianat kepada negara dan mempunyai kaitan dengan kematian ayahnya.

49 days
Genre : Fantasi, romantik, drama
Episod : 20
Sinopsis:
Seorang wanita koma setelah terlibat dalam kemalangan. Bagi pulih semula, 'Death Scheduler' beri dia tempoh 49 hari bagi mendapat mendapat keikhlasan tiga orang (kecuali keluarga) dengan memberinya titisan air tangisan yg ikhlas/suci untuknya. Bagi memenuhi tugas itu, dia perlu 'menggunakan' badan orang lain tanpa memberitahu identiti sebenarnya.

dream high
Genre : Muzikal, sekolah, romantik
Episod : 16
Sinopsis :
Go Hye Mi yg gagal dalam ujibakat bagi mendapat tempat di Kirin Art High School diberi peluang semula untuk belajar di situ. Dia juga perlu mencari 2 orang lagi bagi menyertai bersamanya sebuah kelas istimewa yg dibimbing oleh seorang guru yg hampir dipecat. Setelah 3 orang berjaya dikumpul, 3 orang pelajar lain menyertai mereka bagi mengejar impian yg sama iaitu menjadi seorang bintang.


my girlfriend is a gumiho


Genre: komedi, romantik
Episod: 16
Sinopsis :
Cha Dae Woong ialah seorang lelaki yg ingin menjadi pelakon aksi yg terkenal. Pada suatu hari, dia secara tidak sengaja membebaskan seekor musang bereekor sembilan atau gumiho yg 'dipenjara' di dalam sebuah gambar lama. Gumiho tersebut berubah menjadi seorang wanita cantik dan mula mengikut Cha Dae Woong sehingga ke kolej dan menyebabkan orang sekitar mengganggap wanita tersebut sebagai teman wanitanya.



spy myeong wol
Genre: aksi, komedi, romantik
Episod: 18
Sinopsis: 
Myeong wol seorang spy dan rakannya Choi Ryu dari Korea Utara mendapat tugas di Korea Selatan. Tugas mereka ialah membawa pulang seorang bintang Korea Selatan, Kang Woo ke negara mereka. Bagi menjalankan tugas itu, Myeong Wol menjadi pengawal keselamatan Kang Woo dan perlu 'mengorat' beliau sehingga berkahwin dan sukarela berpindah ke Korea Utara


warrior baek dong soo
Genre : aksi, period drama
Episod : 24
Sinopsis :
Baek Dong Soo yg kehilangan ibu bapa akibat dibunuh menjadi pelajar seni mempertahankan diri di Josean. Dia bersama kumpulannya perlu mempertahankan Putera Mahkota dengan menentang sebuah kumpulan rahsia pembunuh upahan yg merancang untuk membunuh Putera Mahkota tersebut.




he's beautiful
Genre : komedi, muzikal, romantik
Episod : 16
Sinopsis : 
Go Mi Nyu(perempuan) menyamar sebagai abang kembarnya, Go Mi Nam(lelaki) yg mendapat panggilan menjadi ahli baru dalam kumpulan penyanyi lelaki terkenal A.N.JELL. Dia juga terpaksa tinggal serumah bersama ahli kumpulannya yg lain. Salah seorang ahli A.N.JELL mengetahui rahsia Go Mi Nam yg menyamar telah mengugut dan mengambil kesempatan membulinya.


protect the boss
Genre : Romantik, komedi
Episod: 16
Sinopsis:
No Eun Seol akhirnya berjaya mendapat kerja menjadi setiausaha kepada seorang lelaki yg tidak berguna, degil dan bersikap kurang matang. Beliau yg pandai berlawan perlu melindungi bosnya yg mempunyai penyakit misteri dan sering melakukan masalah.


Drama-drama yg aku listkan ni adalah antara drama korea feveret aku yg mengisi lapang aku selepas balek sekolah haha.Aku harap bagi yg belum merasai aura drama korea perlulah menontonnya sendiri. Keseronokkannya yg dikatakan oleh penggemar2 drama korea mungkin dapat dirasai sama ada ia benar atau pun sebaliknya.


tgok online percuma
http://www.epdrama.com/
download percuma
http://jieazzmovie.net/category/korean-drama/
http://alicechensworld.blogspot.com/



belum cuba, belum tau, tau!