Monday, April 29, 2013

Persediaan sebelum sambung belajar ?

assalamualaikum , salam hormat 
baru harini aku update post sebab aku baru dpt topik yg buleh dikongsikan :)



menara gading

batch 95, dah tak lama lg kita nak lanjutkan pelajaran
mungkin sebahagian kita dah pon masuk U
yg belum tu aku tau ada yg bekerja dan ada yg duk rumah jd suri rumah
*genap 45 hari dah aku jd suri rumah selepas hbes PLKN

ya aku memang tak sabar nak masuk U
jadi eloklah kalau kita buat persediaan sebaiknya
gunakan masa cuti ni 'secemerlangnya' okey?



aku dah baca beberapa blog senior2 dulu dan sedikit penambahan pendapat tentang :-
persediaan sebelum melanjutkan pelajaran?


1. alert tarikh-tarikh penting
bagi yg ada temuduga apa2 tu pastikan tarikhnya
aku sendiri pon terlepas temuduga JPA sbb ada salah fhm
*ceme ja kena marah dgn parent aku T.T
nanti dah keluar keputusan UPU kena check cepat2
supaya kita ada masa buat pilihan dan persiapan

 TARIKH KELUAR TAWARAN TINGKATAN 6: 24 APRIL 2013
TARIKH KELUAR TAWARAN MATRIKULASI: 25 APRIL 2013
TARIKH KELUAR TAWARAN TEMUDUGA IPTA: 22 APRIL 2013
TARIKH KELUAR TAWARAN TEMUDUGA ILKA: 26 APRIL 2013
TARIKH KELUAR TAWARAN IPTA : 17/18 MEI 2013
TARIKH PENDAFTARAN ASASI IPTA: 26 MEI 2013
TARIKH PENDAFTARAN DIPLOMA IPTA: 1 JUN 2013




2. Buat research pasal jurusan yg nak diambil dan tempat belajar pilihan kita
banyakkan cari maklumat pasal jurusan kita nanak nanti
penting jugak sebab kita buleh jangka apa pekerjaan yg kita buleh dpt nanti
pastu rajin2 la baca blog senior2 *jurusan dan tempat belajar yg sama dgn kita
tgok cara survive, kehidupan bdikari, pastu tempat 'abangkakak' kita belajar
sure buleh naikkan semangat kita nak belajar haaa


macam aku nak buat asasi kejuruteraan kat uitm puncak alam
jadi aku bacala blog 'abangkakak' puncak alam
aku tgok cam best ja depa belajar situ  *SEMANGAT
harap sangat UPU dapat yg ni :D

http://eyjalukman.blogspot.com/2012/05/i-is-loving-asasi-uitm-puncak-alam-p.html
http://gempaksher.blogspot.com/2011/03/asasi-sains-uitm-kampus-puncak-alam-aku.html





3. Gunakan masa cuti dengan sebaiknya dengan 'To-do list'
tinggal beberapa hari ja lg nak kita meninggalkan rumah
jadi TO-DO LIST bagus gak untuk kita habeskan masa di rumah
 jadi masa kat rumah tu kita dah ada perancangan nak buat apa harini
takla rugi masa duk termenung seharian ja di rumah
 jadi eloklah tunaikan dan selesaikan 'benda yg nak dibuat' di rumah
lagipon lepasni kita kembali sibuk belajar 



contoh TO-DO LIST aku sendiri sebelum aku nak 'tinggalkan rumah'
1.habiskan baca komik 'Reborn' (jilid 1-19) 
2.habiskan main 5 cd game xbox
3.buat sekurang-kurangnya 4 post blog
4. Beli laptop baru
5.Habiskan baca novel 'Dork Diaries'
 6. Habiskan baca buku biografi Nabi Muhammad SAW
7. Buat sekurang-kurangnya dua 'kerja rumah' sehari
8. Download semua album 'K' baru
9. Habiskan sekurang-kurangnya 2 drama korea
10. Study buku 'English Fast and Easy'

*sangat berguna supaya kita tak buang masa di rumah begitu ja :)





 4. Luangkan masa dgn family
bykkan sembang dan luah perasaan kat parent   
kalau parent kita cm paksa masuk apa2 ka, kita terang slow2
lgpon parent pon paham pelajar memang takbuleh belajar kalau tadak minat
pastu smbang la dgn abangkakak kita , mintak pendapat ka nasihat 
diorang kan lebih 'makan garam' 
taklupa adik-adik tu bagila barang2 kita yg takguna tu kat diorang
kalau simpan pon tak guna hahaha

*aktifkan bergaul dgn family supaya diorang terasa 'ketiadaan' kita nanti. ceywah
 


5. Join outing dgn kengkawan
kalau ada kawan2 ajak outing, pergi la
lepasni memang susah dah nak berjumpak
semua nanti ada haluan masing2
tambah mereka yg study jauh-jauh, memang jarang dah nak balik rumah
masuk U nanti memang susah gak nak outing, tambah2 asasi,matrik

*belum tgok ironman 3? ha ajak kengkawan pi tgok. terbaik bro haha





 
 okay lepas dah sambung belajar jauh2 tu
bila cuti tu ada masa lebih jenguk la sekolah rendah ka menengah
sembang dgn cikgu2  pasal pengalaman kita
mana tau kita jadi 'bahan' dalam kelas nanti haha 

masa dekat sekolah, kita tak sabaq nak bercuti
masa kita bercuti, kita tak sabaq nak 'bersekolah' pulak
MANUSIA memang tak pernah puas hati dgn apa yg diorang ada
jadi senang cerita NIKMATI SETIAP MASA DENGAN SEBAIKNYA :)

 goodluck guys, assalamualaikum
 
  


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete