Monday, March 18, 2013

PLKN : Latihan Fizikal


Kayy
Ada banyak jugak aktiviti Outdoor yg melibatkan latihan fizikal
biasalakan nama pon PLKN
penat tu of course la
yg tak tahan nya kepanasan di bawah matahari terik
yaa aku lani burn terok T.T


dan setiap aktiviti luar ada ja pertandingan antara kompeni
jadi kami ada latihan dulu sebelum pertandingan sebenar
haaaa kompeni aku menyerlah waktu Wirajaya :D
tapi sayang waktu tu sistem merit dah dihentikan :(



latihan menembak M16

Mula-mula belajar cara menembak asas dalam kelas ja
tentera tu try tembak peluru kosong dlm kelas
 tudia bunyi dia kuat terok. aku mula jadi cuak 
pastu hari sebenar kami kat lapang sasar
kami dibekalkan penyumbat telinga pastu tambah lagi headfon
hahaha. so time menembak tu memang dengaq slow ja peluru tu
best pulak. sungguh tak takot lgsung
buatkan aku nak menembak lagi.
TAK PUEHHHH

*mata aku 65, paling tinggi kem kami 85 :O

(belajar cara memegang M16, tentera tu buleh tahan garang)

 (jarak 100 meter)



kembara halangan

Semua ada 9 halangan untuk wira, 8 untuk wirawati
bukan nak belagak tapi memang kurang mencabar
sebab halangan2 cuma guna pasir berbanding air
disebabkan dulu pernah berlaku jangkitan kencing tikus
aiyak apapon kami bernasib baik lagi
kerana jarak larian kami pon dekat ja
berbanding khabar angin kena lari 5 km dulu sebelum merempuh halangan
bestnya kembara halangan sebab stiap halangan memerlukan kerjasama,tolong-menolong antara member


waktu pertandingan kami TEAM BRAVO dah atur strategi untuk menang
tapi apakan daya..
walopon kami kalah kembara halangan , kami tetap bersemangat
sebab kami dah bkjasama dan cuba yg terbaik

geramji gila bila Timbalan Komandan umum keputusan

*macam biasa, bravo tempat keempatttttt








 tali tinggi

tali tinggi ada banyak elemen
tapi sayang kami cuma sempat buat 2 ja : flying fox dan repelling
cikgu tak tegas sangat. sapa yg takmau buat sudahh
sebab ada kes orang menangis. haha

 (kena tunggu turn punya la lama. wira kira naseb bek kami buat dulu. hehe)
(nanak 1malaysia sgt kan. nidiaaaaa)

repelling tu nampak mcm rendah ja tp sebenaqnya cuak gak
tu yg ramai gak yg tak buat
tapi malu laa wira yg takut nak buat repelling, sebab wirawati pun ada yg buat
aku try repelling tak best sgt sebab rendah ja
3 kali lompat ja dah sampai atas tanah. aiyak



flying fox best terok. macam di awangan ja
yg ni memang semua orang buat la
sampai ada yg nak buat lagi
tapi jenoh tggu turn laaa. ramai kot

(wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)






wirajaya

aktiviti outdoor terakhir kami kat kem
cikgu kata wirajaya ni macam ujian terakhir pelatih setelah 2 bulan setengah kat sini
apa yg pelatih belajar selama ni akan diguna dalam wirajaya




tapi sayang wirajaya ni indah khabar ja dari rupa
kem kami cuma berkhemah tepi tasik dalam kawasan kem jugak
bukan mcm yg di uarkan buat dalam hutan.
tak mencabar laaaaaaaaaa
tak pasti la kem lain cena pulak








2 hari 1 malam tak banyak aktiviti sgt
tapi cukup best dapat masak sendiri dan tiduq kat luaq
malam pulak ada game best
mencari kelapa emas dan pertolongan cemas
 dan waktu tidur ada time untuk pelatih berjaga malam
cuma buat rondaan sekitar kawasan perkhemahan
tadak langsung gangguan atau latihan kekuatan mental dan keberanian
hahahaha


mencari kelapa emas 
game ni memang agak mencabar
sebab pelatih kena lalui banyak dugaan atau gangguan
pastu terpaksa buat sesuatu misi untuk mendapat klu kelapa emas tuh
macam makan budu, menari la, ligan ejen pa suma



pertolongan cemas
pelatih ditugaskan mencari mangsa kemalangan nahas kapal terbang *cerita mohong
cikgu pandai mekap mangsa yg cedera parah
tengok luka macam real jaa
kami gunakan ilmu yg cikgu ajar waktu ceramah sebelum tuh
banyak gak benda aku belajaq. best best 

(mangsa pon menjadi berlakon sakit parah)

 (yg ni jari putus. aku sendiri cari jari yg putus tu *kayu ja, haha)




(sebahagian 'mangsa' yg lain)

solat medan
pagi seterusnya kami belajar cara2 solat medan
aku sendiri tak sngka yg askar sempat sembahyang WAKTU berdepan dgn musuh
memang saluttttttt










konklusinya latihan fizikal tak se-tough yg diuarkan
dan seronok la buleh bekerjasama dgn member2 baru suma
erat lagi hubungan kami
wira-wirawati pulak sentiasa support satu sama lain dalam kompeni
kami berjuang atas nama kompeni yg sama
Ohyeah

(rasa sayu jugak bila tengok gambar waktu kat plkn dulu. best memories ever guys)



*oh lupa nak habaq. waktu wirajaya tu kami tak mandi seharian. yezza :D

-PLKN part 6 end-

No comments:

Post a Comment