Sunday, December 30, 2012

1995-2012 : Hari pertama dan terakhir

(2002-2007)


(2008-2012)


hari pertama? 


ingat tak hari pertama masuk tadika mak ayah kena tunggu sampai balek ?

aku : Dak. Tapi aku rasa mak ayah aku balik awal dan tak perlu tunggu aku sebab aku tak menangis. Mak aku kata aku 'good boy'. haha

anda bagaimana ?








ingat tak hari pertama menangis sebab mak ayah ambik lewat?

aku : Dak. Kan aku kata aku budak baik. okey pernah sebab aku terlalu tension bukan takut. Mana taknya balik pagi tapi ambik petang. Tapi salah aku jugak bagitau silap. fuh

anda bagaimana ?







ingat tak hari pertama tunjuk 100 markah ujian kat mak ayah?

aku : Mana nak ingat. Banyak kali sangat. Cee dak mohong. Mana ada. Paling kerap pon EJAAN atau SPELLING.

anda bagaimana ?








 ingat tak hari pertama masuk sekolah rendah , pastu cari tempat duduk di depan?

aku : Dak. Hmm setiap tahun aku memang nanak duduk depan. Semua orang pon. Tapi pelik kenapa tetap mai lewat jugak setiap hari pertama sekolah ?

anda bagaimana ?




ingat tak hari pertama sekolah jumpa kawan yang sama kelas dgn tahun lepas  ?

aku : Tak ingat la hari apa. tapi kawan yg dimaksudkan tu Isyraff (adeq). Waktu sekolah rendah kami satu kelas 6 tahun bturut-turut. masuk sekolah menengah kami tetap sekolah sama tapi lain kelas. Tapi kami pnah duduk sekelas waktu form 3 buat kali terakhir. 

anda bagaimana ? 






hari terakhir?


ingat tak hari terakhir sekolah korang tetap malas nak datang sekolah?

aku: Memang. Sekolah rendah punya baik hati pergi sekolah setiap hari lpaih UPSR. Tudia selepas PMR  cuti 3 bulan. Sekarang baru sedar betapa nikmat pi sekolah. (sat belum feeling lagi kot)

anda bagaimana?





ingat tak hari terakhir kelas tuisyen pada luar waktu sekolah?

aku : Hm. sedeh jugak. tadak lagi berpeluang nak : pakai baju semart, buat hingaq. usha ......, kacau cikgu, gelak besaq, masuk kelas lambat)

anda bagaimana?






ingat tak hari terakhir sekolah pakat ramai bawak kamera bergambar dalam kelas?

aku : Ya aku bawak kamera. mungkin hampa tak bawak. haha. hari tu ramai habeh possing. Memang haritu sorang pon tak pegang buku. (walaupun lagi seminggu nak SPM)

anda bagaimana? 





ingat tak hari terakhir korang pakai baju sekolah waktu last day SPM?

aku : Sangat touching. Aku seterika baju slow2 nak ambik feeling. Tengok cermin. Pastu ikat tie slow2. haaaaih (hembus nafas panjang) . Mungkin aku sorang ja camni. eer

anda bagaimana?





dan ingat tak hari terakhir duduk dalam dewan peperiksaan waktu SPM?

aku : Mungkin hari tu tak meriah sgt. Sebab sebilangan besaq dah hbeh awai. Tak ramai yg ambik akaun. Dan geng Cina pon maseh ada paper. Lagipon aku penat jawab akaun tak berhenti. fuhh. Tapi balik ja rumah menjerit sorang2 dalam qeta. wohooo

anda bagaimana?








Perasan tak setiap HARI PERTAMA kita kebanyakan nya waktu tadika atau pun sekolah rendah.

 Dan HARI TERAKHIR kita kebanyakan nya berakhir di sekolah menengah.

Maksudnya hampir semua kehidupan penting ketika kita berada di alam persekolahan.

dan kita (1995) dah berjaya menghadapinya sehingga hari ini (2012).

bermakna alam persekolahan kita dah menemui titik penamatnya :)






1995 rule !





No comments:

Post a Comment