Kat Plkn, still kami panggey jurulatih sebagai cikgu
bukan tuan, encik, cik atau puan
sebab jurulatih/cikgu tu sendiri mengajar kami kat dalam kelas
bagi ceramah tentang apa-apa pelajaran,
bangunkan kami pagi pagi, ajaq kami berkawad
bagi nasihat atau share pendapat sewaktu mentor mantee
menjaga dan merawat pelatih-pelatih
dan yaa jugak ber'kawan' dgn kami
Cikgu macam kawan?
Memang. salah seorang cikgu kat kem aku sendiri bagitau
"Kalau kamu semua perangai baik, kami cikgu semua di sini akan jadi macam kawan-kawan ja dengan kamu semua"
Sungguh. kira kem aku bertuah la cikgu-cikgu kami semua supporting
aku rasa kem leng pon sama jaa
dan biasalaa depa pon akan denda kami bila kami sendiri buat salah
kalau tak kami jadi tak terkawal
Mai aku perkenalkan sikit watak-watak cikgu kami yg "best" kat kem Plkn Sri Kandi
Cikgu "Umoq 60 tahun"
Cikgu ni paling aku suka kat kem
kalau dia bertugas memang kami qeja gelak ja
waktu berkawad, dia suka buat suara perempuan
nak perli kata suara kami slow *wira-wirawati dua2 kena
dan dia jugak cikgu suara paling kuat
kalau pagi-pagi dia duk jeqit kat kompeninya suruh bangun
sampai dorm aku pon terkejut
waktu ceramah pulak mesti dia suka aim 2,3 pelatih
apa apa mesti dia aju kat pelatih tu
dan setakat ni aku belum nampak dia marah.betoi
kalau orang tu buat salah pon dia cuma nasihat atau "starlight"
pastu mesti dia sembang mcm kawan2 dgn 'mangsa' tu
so, cepatla reda situasi tuu. bijak kan
aku pon takpasti kenapa pelatih bg gelaran "umoq 60 tahun" tu
hanya kompeni dia ja yg tau. haha
ayat femesnya:
"Ish suara nenek cikgu umoq 90 tahun tu lagi kuat dari suara kamu 368 orang ni"
Cikgu "Cangkung"
Cikgu ni kira cikgu yg paling pelatih tak "berkenan"
bukan apa sebab dia suka bagi hukuman kat pelatih kerap sangat
denda dia selalunya suruh cangkung dan skot jump* aku pon tak reti eja
kadang-kadang tu pelatih takbuat salah pon dia bagi denda
macam dia saja2 jenguk dorm wira pastu habes satu dorm kena denda
cikgu ni jugak selalu pekena budak suruh nyanyi depan orang ramai
bukan sebarang lagu. dia suruh pelatih tu ubah pulak lirik
contoh lagu Ombak rindu dalam tamil. Nahh sungguh benda ni jadi
tapi sebenarnya jgn salah fhm. cikgu ni baik ja dan cuma suka melawak
*cuma cara dia ja salah =.=
kalau-kalau dia betoi2 marah dia akan "starlight"
starlight dia memang kuat sampai kepala budak tu tertolak ke belakang.
cikgu tu dah la tough lagi. hahaha
ayat femesnya:
adakah saya kejam? adakah saya kejam? atau adakah saya baik hati?
Cikgu "Musang Malam"
Gelaran ni dah turun-temurun
sebab perkataan musang malam tu sendiri penuh kat bilik air
dan kami tau cikgu mana yg dimaksudkan tuh
bukan apa. cikgu tu bila duty mesti berjaga sepanjang malam
dan budak2 takleh la buat qeja jahat ka apa
tapi tu waktu mlm ja. sebenaqnya cikgu ni cool ja
dia selalu ja mai dorm aku pastu sembang2 ngan kami. siap makan kuci sekali
dia kalau sembang ngan wira selalu guna bahasa "double meaning"
so, banyak dah bahasa "double meaning" aku kenai dari diaa. hahaha tapi aku tak gunala
dan dia salah seorang cikgu lagi yg takpnah marah
ayat double meaningnya:
"Sebab lelaki suka hisap rokok sebab rokok tu macam puting"
Cikgu "Ranggo"
Kat plkn sri kandi kami guna merit atau duit ranggo
*Duit ranggo cuma ada nilai 50 mcam duit kertas. ada jugak cek
duit ranggo kira penting la nak tentukan kompeni mana paling hebat
dan cikgu ni la selalu bagi duit ranggo kat pelatih2
dia pulak jeneh dermawan. suka hadiahkan duit ranggo
mcm pelatih buat suatu kebaikan depan mata dia. dia bagi la duit ranggo
so, kalau nampak ja cikgu ranggo. mesti kami pelatih mcm kontrol la. hahaha
cikgu ni pon pelawak gak dan supporting
kira sapa dpt kelas dgn dia kira happy laaaa
ha lagi cikgu ni tak pnah marah dan tak bg hukuman fizikal kat pelatih
kalau denda pon potong duit merit kompeni ja. mudah kerja dia
tp tula pelatih lebeh rela kena bagi hukuman fizikal dari kena potong duit merit
tengok betapa pentngnya duit merit tu
ayat dermawannya:
"saya akan bagi hadiah hari jadi sebanyak 1000 merit kalau hari lahirnya dalam sepanjang kem dan tunjuk ic kat saya. dan kalau hari jadi dia hari ni saya akan bagi 3000 merit"
Cikgu "Besar Punya"
Angkat tangan anda, pastu tala kat dia dan kata "Besar punya!"
haha tula trademark kami bila terserempak dgn cikgu ni
cikgu ni kira paling banyak mengajaq nilai2 murni kat kami la
dalam surau, dewan makan dan kelas
kalau dia jumpa dgn pelatih mesti dia tegoq kami mcm dia tu sebaya dgn kami
senang cakap mcm kawan teguq kawan laa
so, semua pelatih kira konfem la teguq dia bila jumpak. memang dia mesra la
dan kalau dia marah memang ubah terus watak dia
kira tegas jugak la dia ni. dan selalu guna bahasa yg buat orang leng terasa hati
apapon cara dia ajar tegur kami memang dgn cara lembut pastu feeling2 ckit
cara dia memang berkesan la kat aku. taktiao la orang leng cenaa. haha
ayat nilai murninya:
"tak salah kalau kita ucap terima kasih kat makcik pakcik kantin tupon. mesti dia terasa gembira dan kata 'Baguih anak sapa la ni'"
jadi soalan yg anda mesti tanya kat pelatih plkn dah terjawab
Jurulatih kat plkn garang dak?
memang tak la :)
(buleh agak dak cikgu dalam gambar ni yg mana satu ? haha)
-PLKN part 4 end-